Saturday, April 23, 2011

Perlukah Jailbreak iPhone / IOS Device?

Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut perlu atau tidak perlu untuk jailbreak iphone/ ios device, elok saya jelaskan apa itu JAILBREAK.

Jailbreaking IOS adalah suatu proses yang membolehkan peranti yang menjalankan IOS Apple (juga dikenali sebagai OS iPhone sebelum IOS 4.0) sistem operasi (seperti iPhone, iPad, iPod Touch, dan baru-baru Apple TV) untuk mendapatkan akses penuh (akses root) untuk membuka semua ciri yang dimiliki sistem operasi, sehingga menghapuskan had-had yang ditetapkan oleh Apple. Setelah Jailbroken, pengguna IOS boleh men-download tambahan aplikasi, sambungan dan theme yang tersedia melalui rasmi Apple App Store, melalui installer seperti Cydia, salah satu daripada sejumlah sarana saat iPhone yang lebih tua. Sebuah iPad iPhone, Jailbroken atau iPod Touch IOS berjalan masih boleh menggunakan App Store dan iTunes dan fungsi normal yang lain, seperti membuat panggilan telefon. Jailbreaking serupa dengan perakaran peranti Android.

Pada intinya, jailbreaking peranti memberikan akses kepada sistem fail root, yang membolehkan pengubahsuaian dan memasang komponen software pihak ketiga. Hal ini memberikan kawalan pengguna lebih atas peranti dan membolehkan ciri-ciri yang sebelumnya tidak tersedia tanpa jailbreaking.


Jailbreak ini bergantung kepada keperluan sahaja dan tidak menjadi suatu kemestian bagi sesuatu IOS device. sebenarnya jailbreak ini mendedahkan iphone/ipad/ipod atau apa-apa ios device kepada risiko yang banyak. Antaranya serangan virus,spyware, malware dan iphone jadi slow serta banyak lagi risiko yang bakal mengundang.

Jailbreak juga akan menyebabkan iphone anda akan kehilangan warranty (Warranty Void), tapi anda boleh restore balik kepada keadaan baru untuk claim warranty. tapi anda kena ingat, sekiranya iphone anda selepas jailbreak langsung tidak boleh ON/OFF, maka bagaimana anda nak restore IOS tersebut? dan semestinya anda akan sukar untuk claim warranty.

keperluan kita di Malaysia juga berapa menggalakkan kita untuk jailbreak IOS kerana kebanyakkan aplikasi yang dimasukkan perlu di crack terlebih dahulu. cracker masih tidak ramai di Malaysia dan software yang terkini selalunya lambat di crack dan kita akan selalu mendapat software yang versi awal. misalnya PAPAGO versi malaysia selalunya cracker dari luar malaysia tidak berapa gemar untuk crack software tersebut dan kita tidak boleh dapatkan software crack tersebut dalam pasar gelap Installous.

tambahan pula, kebanyakkan software yang di tawarkan dalam AppStore hanya sekitar $0.99 dan jika convert duit Malaysia pun baru sekitar RM3-RM4 sahaja.