Tuesday, March 27, 2012

Apple iPhone 4S atau Samsung Galaxy Note / S2 / S3..Mana satu yang lebih baik?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat pembaca. Saya sering di ajukan soalan berkaitan topik ini dari sahabat-sahabat memandangkan saya memang jenis suka tukar-tukar telefon dan agak jenis suka mencuba sesuatu yang baru berkaitan teknologi dan alat komunikasi semasa. Saya telah pernah menggunakan banyak Telefon jenis smart phone ini yang kini hangat di pasaran...antaranya adalah seperti:-
1. iPhone dari 1st Gen Hingga latest 4S.
2. Samsung Galaxy Note
3. Samsung Tab 7.0 Basic dan 7.0 Plus
4. Samsung Tab 10.1
5. Apple iPad 1st Gen Hingga 2 dan plan for new iPad 2012.
6. HTC Desire HD, HTC Touch 
7. Dopod 838 Pro, Dopod 818, 
8. HTC Advantage X7500.
9. Nokia E9, Nokia N9, Nokia E7 etc..
..dan banyak lagi yang pernah saya gunakan dan ada yang paling cepat saya resell balik adalah Galaxy Note...

Ok, Disini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman dan pandangan peribadi saya selepas mencuba menggunkan telefon pintar yang disebutkan dan secara jujurnya saya katakan iPhone the best setakat saya guna..kenapa?? ok, saya akan cuba terangkan serba sedikit berdasarkan pengalaman saya..

1. Dari Segi OS ( Operating System).
iPhone menggunakan IOS (Based Mac OS) dan sangat stabil berbanding Samsung Galaxy Note/S2 etc yang menggunakan OS Android sama ada Gingerbread, Honeycomb, dan terkini ICS yang base OS adalah Linux. OS yang digunakan ibarat jantung kepada sebuah telefon pintar kerana ia akan mempengaruhi penggunaan kita sehari-hari. Dan saya rasa, sudah tentu pembaca dapat bayangkan secara kasar antara 2 OS utama yang di gunakan ini.

2. Market / App Store / Tempat pembelian Software.
Menurut kajian, sebahagian besar pengguna telefon pintar amat suka download dan install software yang terdapat atau di tawarkan dalam market (Android) atau Appstore (Apple). Dan secara mudahnya dalam Apple Apstore terdapat banyak software yang berkualiti yang di design dan di tapis agar semua yang ada dalam store semua yang boleh (compatible) dengan device yang digunakan. berbanding Android market yang terdapat banyak Aplikasi yang dikategorikan sampah dan terdedah kepada bahaya pada telefon pintar anda. 

3. Masalah force Close (android apps) dan incompatible issue apps.
secara mudah untuk di fahami, cuba semak di internet berapa banyak pengeluar yang menggunakan Android OS sebagai OS berbanding Apple IOS yang di buat khas untuk Apple device sahaja dan fix dia punya hardware (cth A4, A5 Chip etc). so masalah akan banyak timbul pada Apps yang dibangunkan dalam Android OS. dengan saiz screen yang pelbagai yang menyukarkan untuk developer untuk membangunkan software yang bersesuaian dengan semua Android device yang ada dalam pasaran (samsung, HTC, Huawei etc..) 
iPhone mempunyai device yang stabil dari segi hardware dan software yang membolehkan developer membangunkan software yang sepadan dan senang dibangunkan..

oklah, setakat ini dulu untuk hari ini kerana saya kesuntukkan masa...nanti saya akan update lagi lain kali sambungan seterusnya no. 4,5,6.....

Selamat malam....