Sunday, May 13, 2012

Apple New iPad aka iPad 3..

Hari ini, kali kedua saya membeli new ipad 4G 64GB warna putih. Saya beli kali pertama pada 04/05/2012 di Apple Store kat kuantan tingkat 2 banggunan ECMALL. Pada mulanya saya memang teringin sangat untuk memiliki New iPad ni sebab dah baca berita banyak sangat berkenaannya di laman maya ini..macam best sangat. Saya sempa pakai seminggu sahaja New iPad yang pertama tu sebab saya ada sedikit tidak puas hati dengan iPad tersebut. Antara masalah yang membuatkan saya rasa nak jual tu seperti:1. Panas : bukan saya yang panas tapi device ipad tu panas. Bila digunakan sambil letak atas katil dalam keadaan pengudaraan tiada di bawah ipad, ia akan jadi panas sangat. Nak sentuh bahagian aluminium kat bawah pun tak boleh. ( masalah ini tiada pada iPad 2).2. Tethering (portable hotspot). : jika ikut pemahaman asal saya sebelum menggunakan, new ipad ini ada portable hotspot. Bila dah pakai, on guna line maxis yang dah tersedia unlimited internet, mula rasa tak puas hati sebab portable hotspot tiada. Bila buat carian balik kat google, baru tahu ang new ipad tethering hanya ada pada 4G LTE network sahaja. Huhuhu...Pastu, mula dah rasa tak puas hati dan jual balik. Tapi alhamdulillah, new ipad masih tinggi valuenya dalam market malaysia. Dapatlah buyer yang sudi beli dengan harga RM2600 ( inc screen protector dan cover lah). So tak rasa rugi sangat.Pastu nak cari balik ipad 2 3g 64gb kat pasaran..punya lah cari merata kedai kat kuantan, semua dah tak ada. Pastu jumpa lah sebiji ada budak nak jual kat mudah.my. Buat janji temu untuk COD, dan dah jumpa tu, buat checking skit..device tu failed sangat condition dia. Hati dah rasa macam rindu dah tak tertahan nak guna ipad ni..maklumlah dah banyak software unutk ipad saya beli. Saya tak suka jailbreak device. Suka beli yang ori sebab respek pembuat software tersebut lah kan..tapi ipad 2 ni ada masalah lain pula bila di kaji balik. Antaranya seperti:1. Display : kebanyakkan ipad 2 ada masalah bleeding dan dead pixel. Pengalaman saya beli dan guna hampir 5 biji ipad (beli pakai dan trade in).. Semua ada masalah bleeding cahaya. Tapi tak ada masalah jika tak diperhalusi. Bagi saya yang agak peka pada barang yang saya beli, saya akan semak detail skit. Bila ada masalah, mula tak senang duduk nak tukar yang baru. ( pada itech jer lah, bini tak macam tu lah).2. Camera : ipad 2 camera dia sangat basic. 0.7 mp sahaja. Gambar kalau nak upload dalam fb tu mmg tak lepas lah. Pecah2... Nak capture sekadar sajer2 kat cahaya terabg tu oklah, tapi tak puas hati lah.3. Retina display: ipad 2 tak ada retina display lah.. Dia punya pixel macam iphone 3gs jer. Tak macam iphone 4/4s..Pastu, dah tak jumpa ipad 2 64gb yang baru, so terbeli lah galaxy tab 7.0 plus.. Pakai sehari jual balik sebab masalah panas juga bila pakai dan software dia ntah apa2 ntah android ni..main kejap, crash n force close. Masalah ini tak pernah jumpa dalam iPad atau iphone.Pastu beli baliklah new iPad 4g 64gb white...balik rumah update ios ke 5.1.1, dan alhamdulillah, setakat ini, masalah panas tu dah berkurangan..so aku menulis lah kat blog ini menggunakan new ipad ni..memang puas hati lah.

No comments:

Post a Comment